HILANG

Hati berkata tapi mulut tidak mampu meluahkan. Takdir yang menentukan segala apa yang berlaku di dunia ini. Sayang, cinta, manusia menganggap bahawa tiada apa yang lebih bahagia daripada cinta.

        3rd Ogos 2013;
Today were the sad day ever! Tak sangka semua ni jadi. Yang menjadi persoalannya kenapa susah aku nak lupakan N dalam hidup. F adalah orang yang paling penting dalam hidup aku selain family aku sendiri. Tapi kenapa sanggup aku buat dia macam ni? Sayang dan cinta aku tak ada siapa boleh dapat macam mana aku sayangkan dia. Jodoh dan takdir yang menentukan. Benda dah nak jadi nak buat macam mana. Banyak yang terisi dalam hati dan fikiran yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Lidah kelu untuk berkata. Hanya blog ini yang menjadi pendengar setia.

       Antara dua, aku yang lebih tau mana yang aku sayang dan mana yang aku cinta. Sayang dan cinta berbeza. Cinta memang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Hanya hati yang tahu betapa dalamnya cinta ini terhadap kau. Mungkin aku jahat dan mungkin aku bukan yang terbaik untuk kau.

       Kerana engkau yang meminta aku untuk tinggalkan kau demi menjaga hati dan perasaan kau dan supaya tak tersakiti lagi, harusnya aku pergi. Cinta aku terhadap kau terlalu mendalam. Cinta kepada orang tak semestinya kita dapat orang yang kita cintai.

      Sakit, pedih, perit, hanya Allah je yang tau tapi diri tak mahu menunjukkan betapa dalamnya luka kerana harus meninggalkan insan yang paling mulia dalam hidup aku. Hari ini dan untuk selamanya, aku akan kehilangan anugerah yang paling indah yang dipinjamkan untuk aku hanya sementara dalam dunia ini. Aku bersyukur kerana mengenalnya tetapi aku menyesal kerana tak menghargainya. Aku tahu ada insan yang lebih baik yang akan menjadi penyeri dalam hidupnya berbanding aku.

      Aku tahu sukar untuk aku menerima hakikat bahawa dia bukan untukku lagi. Aku tau bagaimana kehidupan aku selepas tiadanya dia di dalam hidup aku. Tiada siapa untuk bergurau senda, tiada siapa untuk bermanja. Hidup aku akan kembali gelap. Hanya Mak menjadi peneman hari-hariku. Aku kehilangan kekasih yang sudah dianggap seperti abang dan kawan baik ku sendiri.

     Harus menerima hakikat...........

                               Yang bersedih,
Juliana Fazira...